
Tuesday, June 30, 2009
Durian ohh Droyan

Thursday, June 25, 2009
Berjudi..

Berbalik pada senerio masyarakat kita... tumpuan pengertian judi hanya tertumpu kepada perbuatan lazim yang hanya di faham erti dengan mata kasar yang rabun... Natijahnya judi itu merangkumi pelpagai aspek.. mencuba nasib dalam peraduan itu juga berjudi seperti peraduan Power Root.. secara terang-terangan di iklannya, ia beransur judi.. berurus niaga saham dengan ramalan mendapat untung juga berjudi.. (Tabung Haji, EPF, ASB terlibat dalam perlaburan saham), sengaja melakukan sesuatu perkara dengan harapan memudah atau mendatangkan kesenangan juga berjudi, DAN melakukan Sembahyang Jamak iaitu dengan mengerjakan sembahyang Asar diwaktu Zohor jugakah berjudi? cubalah teliti.. waktu yang belum pasti kita hidup atau sampai lagi tetapi telah ditaruhkan nasibnya dengan melakukan sembahyang pada waktu sebelumnya.. maka, adakah kita telah berjudi masa dan ketentuan di situ?. Secara jelasnya tidakkah ia mendatang syirik kerana melakukan sesuatu yang menjangkaui kekuasaan Allah?! Penjelasan yang benar-benar jelas amatlah diperlukan...Ada mungkin antara kita merindukan ketegasan suara Doktor Muhammad Asri (bekas mufti Perlis) kerana yang ada sekarang pun dah HaruSanasini..!!
Wednesday, June 17, 2009
Kentut
Kentut... kenikmatan yang tak dapat digambarkan, kentut amatlah perlu kerana ia merupakan sebagai proses pembuangan angin atau toksin yang tidak diperlukan didalam badan. Tanpa kentut, ia boleh memudaratkan seseorang itu hingga menyebabkan datangnya penyakit seperti sakit kepala dan perut. Namun terfikirkah anda akan asal-usul perkataan 'kentut' ini.. bagaimanakah angin yang enak keluar dari dubur kita sewenang-wenangnya dinamakan kentut.. apa itu kentut..? Sejarah telah menceritakan perihal tentang 'kentut' ini diberi nama... hayatilah ceritanya..
Maka, tesebutlah kesah dizaman dulu kala pada waktu antah berantah, tidak pula disebutkan hari dan tarikhnya dan dimana.. Adapun masyarakat ketika itu hanya bergantung pada kerja-kerja tani dan tukang disiangnya, mengaji dimalam pula... tiada siapa yang tahu akan membaca kecuali mendengar kata guru-guru yang mengajar sahaja.. maka sekian harinya dilalui selain bekerja mereka akan ke pasar kecil membeli keperluan sambil menjual barang-barang sendiri, lalu ketika itu sipeniaga dan pembeli beriuh rendahlah dipasar itu.. sambil itu juga mereka akan menghabiskan masa dikedai-kedai kopi seraya berbual sesama mereka.
