Thursday, June 25, 2009

Berjudi..

Sebut saja 'judi' maka akan terlintaslah di otak fikiran kita tentang perbuatan menikam nombor ekor, bermain terup, sabung ayam, lumba kuda, pertaruhan bolasepak mahupun bermain kasino... lumrah! Lahiriahnya pemahaman tentang judi atau berjudi seolah-olah tidak boleh terungkai dengan lebih jelas lagi dek kerana penerangannya yang sempit dan terhimpit. Berjudi mengikut hukum syarak adalah Haram! yakni jika melakukannya akan mendapat dosa. Lalu ia sentiasa di sematkan dalam minda umat islam akan keburukan dan balasannya. Di Negara kita, bertemplak-templaklah, berlantang-lantanglah suara-suara pak aji, ustaz-ustaz, ustazah, mufti, majlis fatwa mengingatkan akan larangan berjudi ini.. lebih-lebih lagi bila ada serbuan dilakukan dipusat-pusat judi, maka berkonyong-konyonglah orang-orang yang 'bermuka alim' dari Jabatan Agama atau mana-mana pihak berkuasa menahan dan menangkap orang islam yang sedang berjudi.


Serbuan atau tangkapan perihal judi ini sering ditumpukan di pusat-pusat agensi nombor ramalan, judi komputer dan diceruk-ceruk kampung. Bila dah dapat tangkap,.... apa lagi, dikecoh-kecohkanlah didalam media.. yang kena tangkap akan tunduk kepala dan yang menangkap akan mendabik dada dengan perasaan bangga dapat mencegah maksiat!

Cukupkah sekadar menyerbu dipusat-pusat judi!!... sedangkan pemahan judi ini masih lagi dipendam pekasam dikepala mereka yang mengetahui yakni tuan-tuan mufti dan ana-ente yang berkelulusan di bidang dan di Jabatan Agama. JUDI bermaksud mencuba atau bertaruh nasib, gamble... jadi dimanakah haramnya? Haramnya bila kita bertaruhkan nasib kita... samada nasib itu adalah rezeki (wang ringgit), masa, harta benda, perkhidmatan, nyawa dan apa-apa pun yang mana belum tentu milik kita tetapi kita mula mencongaknya dengan andaian akan mendapatkannya.. Justeru itu kita memperjudikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu... dengan demikian kita akan membelanjakan wang ringgit, menggunakan masa, tenaga dan apa juga bagi mendapat ganjarannya... inilah berjudi. Salahkah berjudi untuk mencuba nasib? Salah! memang salah... Haram! memang haram.. BILA MANA kita meramalkan sesuatu di luar kuasa dan fitrah kita.. sedang Allah Ta'ala telah menetapkan untung nasib kita sejak di alam roh lagi.. haramnya bila congakkan atau percaturan kita itu memesongkan landasan akidah. Kita menyatakan sesuatu itu seolah-olah kita telah mengetahui apa yang akan terjadi dikemudiannya, sedangkan Allah berkuasa tentangnya.. (pemahaman lanjut boleh dibincang kemudian jika berminat).
Berbalik pada senerio masyarakat kita... tumpuan pengertian judi hanya tertumpu kepada perbuatan lazim yang hanya di faham erti dengan mata kasar yang rabun... Natijahnya judi itu merangkumi pelpagai aspek.. mencuba nasib dalam peraduan itu juga berjudi seperti peraduan Power Root.. secara terang-terangan di iklannya, ia beransur judi.. berurus niaga saham dengan ramalan mendapat untung juga berjudi.. (Tabung Haji, EPF, ASB terlibat dalam perlaburan saham), sengaja melakukan sesuatu perkara dengan harapan memudah atau mendatangkan kesenangan juga berjudi, DAN melakukan Sembahyang Jamak iaitu dengan mengerjakan sembahyang Asar diwaktu Zohor jugakah berjudi? cubalah teliti.. waktu yang belum pasti kita hidup atau sampai lagi tetapi telah ditaruhkan nasibnya dengan melakukan sembahyang pada waktu sebelumnya.. maka, adakah kita telah berjudi masa dan ketentuan di situ?. Secara jelasnya tidakkah ia mendatang syirik kerana melakukan sesuatu yang menjangkaui kekuasaan Allah?! Penjelasan yang benar-benar jelas amatlah diperlukan...

Apapun, kemanakah suara-suara merdu tuan-tuan mufti, majlis fatwa, pak lebai, ustaz, ustazah dan si ana-ente di Jabatan Agama?... mengapa mereka diam membisu dalam hal ini tetapi menyalak lenting bila ada orang membeli nombor ekor, menyabung ayam! Mungkinkah kerana mereka pun sekadar buat-buat tahu,.. Munkinkah juga lidah dah kelu terkunci kerena mereka ini pun disuapkan dengan rezeki hasil judi! INGAT! Kerajaan mengenakan cukai keatas mana-mana perniagaan yang berunsur judi yang di HALAL kan.. pendapatan dari cukai ini mungkin dah termasuk ke dalam gaji-gaji mereka... mmm, sendiri mau ingat la.

Ada mungkin antara kita merindukan ketegasan suara Doktor Muhammad Asri (bekas mufti Perlis) kerana yang ada sekarang pun dah HaruSanasini..!!

No comments:

Post a Comment