Tuesday, June 30, 2009

Durian ohh Droyan


Ini le musim aku gemo sekali... musim buah droyan, udah memang buah kesukaan aku.. apa saja jenih droyan dan masakan dari buah droyan semua aku suka.. aku idak le memilih.. orang kampung le katakan.. Jaman kecik-kecik dulu buah droyan banyak bila musim, aku le tukang ngutipnya. Subuh-subuh lagi.. pepagi gelap-gelap, opah aku dah gerak suruh ngutip droyan kat kebun. Tak dan le aku nak berak ke hapa... ke kebun le tempat aku, kawannya sebilah golok!.. Kalo lambat je sikit jerit le opah aku tu.. memandangkan dah biasa ngan persekitaran kebun aku mulakan operasi ngutip dari arah timur dan menglaha ke barat.. mula-mula aku kumpui dulu mengikut jarak lebih kurang serante, lepeh tu aku bawak ke dango. Di dangolah tempat kualiti kontrol.. yang tobek di tupe, yang beso elok, yang kecik dan yang jadi habuan aku akan aku asingkan... Udah siap aku asingkan semua... kena ngesahkan pacat pulak... lepeh tu baru le aku balun habuan aku dulu.. huh! pilih yang elok-elok je, makan dua tiga bijik skali.. abih makan baru le aku balik anto buah ke rumah..

Kejap karang datang ler orang beli droyan kat opah aku. Upah aku dapat le dua rengget, ceh! Buah buruk aku kupeh-kupehkan simpan dalam bekeh buat tempoyok.. yang lain tu simpan kot-kot ada sedara balik.. Bab ni yang aku getik, geram sangat.. mau idaknya.. aku yang penat-penat ngutip, sedara mara balik tinggai makan jer.. macam le tak besa ke kebun. Mau pulak rambutan, langsat ngan manggih pun bebuah sekali, jenuh le aku...Dalam pukui sepuluh pagi kena ke kebun lagi, tunggu buah jatuh sambil ngalo tupe.. main ngan lestik je la aku! Tengahari balik makan nasik kejap lepeh tu kekebun balik... sampe le ke petang.. Itulah rutin aku bila cuti skolah.. ngutip buah, jaga kebun dan makan droyan.. Bila malam opah aku bebel pulak "kamu ni idak le aku nampak baca-baca buku!"... huh, tensen betui aku.... Kalo ari skolah aku ngutip dekat-dekat rumah jer la...

Syok je bila ke sekolah pakat semua kekawan mulut bau droyan, opah aku suka buat cucur droyan untuk aku bawak bekei.. huh, aku suka sangat cucur droyan! sedap!..

TAPI.. yang benornya aku pun ada taktik aku sendiri... malam-malam lepeh balik medresah (surau) aku kuar rumah senyap-senyap, ngendap buah kot-kot ada jatuh.. besanya ada.. aku simpan dalam tong, srokop pulak dalam semak.. dapat tiga empat bijik jadik ler.. sok pagi lepeh opah aku juai buah, aku tahan orang tu pulak kat pot besa, aku juai le buah yang aku simpan tu.. aku pesan kat orang tu jangan kabo kat opah aku, oraitt je dia. Sampe sekarang opah ngan tuk aku tak tau. Kan apa, cari duit blanje skolah.. bukan curi hak orang pun.. kalo dapat lebih baru le pegi kuale makan cendoi ngan laksa..

Sampe le sekarang ini aku suka makan droyan.. tapi bezanya sekarang ni aku tak ke kebun bawak golok subuh-subuh dah... aku beli je merata tempat ada juai.. pasar malam ler, tepi jalan ler, beli kat kebun orang ler... Udah dok pekan le katakan...... cuma.., aku masih rindukan cucur droyan opah yang slalu jadi bekei aku ke sekolah...

Thursday, June 25, 2009

Berjudi..

Sebut saja 'judi' maka akan terlintaslah di otak fikiran kita tentang perbuatan menikam nombor ekor, bermain terup, sabung ayam, lumba kuda, pertaruhan bolasepak mahupun bermain kasino... lumrah! Lahiriahnya pemahaman tentang judi atau berjudi seolah-olah tidak boleh terungkai dengan lebih jelas lagi dek kerana penerangannya yang sempit dan terhimpit. Berjudi mengikut hukum syarak adalah Haram! yakni jika melakukannya akan mendapat dosa. Lalu ia sentiasa di sematkan dalam minda umat islam akan keburukan dan balasannya. Di Negara kita, bertemplak-templaklah, berlantang-lantanglah suara-suara pak aji, ustaz-ustaz, ustazah, mufti, majlis fatwa mengingatkan akan larangan berjudi ini.. lebih-lebih lagi bila ada serbuan dilakukan dipusat-pusat judi, maka berkonyong-konyonglah orang-orang yang 'bermuka alim' dari Jabatan Agama atau mana-mana pihak berkuasa menahan dan menangkap orang islam yang sedang berjudi.


Serbuan atau tangkapan perihal judi ini sering ditumpukan di pusat-pusat agensi nombor ramalan, judi komputer dan diceruk-ceruk kampung. Bila dah dapat tangkap,.... apa lagi, dikecoh-kecohkanlah didalam media.. yang kena tangkap akan tunduk kepala dan yang menangkap akan mendabik dada dengan perasaan bangga dapat mencegah maksiat!

Cukupkah sekadar menyerbu dipusat-pusat judi!!... sedangkan pemahan judi ini masih lagi dipendam pekasam dikepala mereka yang mengetahui yakni tuan-tuan mufti dan ana-ente yang berkelulusan di bidang dan di Jabatan Agama. JUDI bermaksud mencuba atau bertaruh nasib, gamble... jadi dimanakah haramnya? Haramnya bila kita bertaruhkan nasib kita... samada nasib itu adalah rezeki (wang ringgit), masa, harta benda, perkhidmatan, nyawa dan apa-apa pun yang mana belum tentu milik kita tetapi kita mula mencongaknya dengan andaian akan mendapatkannya.. Justeru itu kita memperjudikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu... dengan demikian kita akan membelanjakan wang ringgit, menggunakan masa, tenaga dan apa juga bagi mendapat ganjarannya... inilah berjudi. Salahkah berjudi untuk mencuba nasib? Salah! memang salah... Haram! memang haram.. BILA MANA kita meramalkan sesuatu di luar kuasa dan fitrah kita.. sedang Allah Ta'ala telah menetapkan untung nasib kita sejak di alam roh lagi.. haramnya bila congakkan atau percaturan kita itu memesongkan landasan akidah. Kita menyatakan sesuatu itu seolah-olah kita telah mengetahui apa yang akan terjadi dikemudiannya, sedangkan Allah berkuasa tentangnya.. (pemahaman lanjut boleh dibincang kemudian jika berminat).
Berbalik pada senerio masyarakat kita... tumpuan pengertian judi hanya tertumpu kepada perbuatan lazim yang hanya di faham erti dengan mata kasar yang rabun... Natijahnya judi itu merangkumi pelpagai aspek.. mencuba nasib dalam peraduan itu juga berjudi seperti peraduan Power Root.. secara terang-terangan di iklannya, ia beransur judi.. berurus niaga saham dengan ramalan mendapat untung juga berjudi.. (Tabung Haji, EPF, ASB terlibat dalam perlaburan saham), sengaja melakukan sesuatu perkara dengan harapan memudah atau mendatangkan kesenangan juga berjudi, DAN melakukan Sembahyang Jamak iaitu dengan mengerjakan sembahyang Asar diwaktu Zohor jugakah berjudi? cubalah teliti.. waktu yang belum pasti kita hidup atau sampai lagi tetapi telah ditaruhkan nasibnya dengan melakukan sembahyang pada waktu sebelumnya.. maka, adakah kita telah berjudi masa dan ketentuan di situ?. Secara jelasnya tidakkah ia mendatang syirik kerana melakukan sesuatu yang menjangkaui kekuasaan Allah?! Penjelasan yang benar-benar jelas amatlah diperlukan...

Apapun, kemanakah suara-suara merdu tuan-tuan mufti, majlis fatwa, pak lebai, ustaz, ustazah dan si ana-ente di Jabatan Agama?... mengapa mereka diam membisu dalam hal ini tetapi menyalak lenting bila ada orang membeli nombor ekor, menyabung ayam! Mungkinkah kerana mereka pun sekadar buat-buat tahu,.. Munkinkah juga lidah dah kelu terkunci kerena mereka ini pun disuapkan dengan rezeki hasil judi! INGAT! Kerajaan mengenakan cukai keatas mana-mana perniagaan yang berunsur judi yang di HALAL kan.. pendapatan dari cukai ini mungkin dah termasuk ke dalam gaji-gaji mereka... mmm, sendiri mau ingat la.

Ada mungkin antara kita merindukan ketegasan suara Doktor Muhammad Asri (bekas mufti Perlis) kerana yang ada sekarang pun dah HaruSanasini..!!

Wednesday, June 17, 2009

Kentut

Pot, prroottt, prieett, prop..prrooppp, puuutt, pssst, peeiiittt, prrr..pprrrr..prrraabbb! itulah antara bunyi-bunyi kentut yang dapat aku terjemahan dalam bentuk tulisan, selainnya anda semua sedia maklum kerana anda sendiri menikmatinya.

Kentut... kenikmatan yang tak dapat digambarkan, kentut amatlah perlu kerana ia merupakan sebagai proses pembuangan angin atau toksin yang tidak diperlukan didalam badan. Tanpa kentut, ia boleh memudaratkan seseorang itu hingga menyebabkan datangnya penyakit seperti sakit kepala dan perut. Namun terfikirkah anda akan asal-usul perkataan 'kentut' ini.. bagaimanakah angin yang enak keluar dari dubur kita sewenang-wenangnya dinamakan kentut.. apa itu kentut..? Sejarah telah menceritakan perihal tentang 'kentut' ini diberi nama... hayatilah ceritanya..

Maka, tesebutlah kesah dizaman dulu kala pada waktu antah berantah, tidak pula disebutkan hari dan tarikhnya dan dimana.. Adapun masyarakat ketika itu hanya bergantung pada kerja-kerja tani dan tukang disiangnya, mengaji dimalam pula... tiada siapa yang tahu akan membaca kecuali mendengar kata guru-guru yang mengajar sahaja.. maka sekian harinya dilalui selain bekerja mereka akan ke pasar kecil membeli keperluan sambil menjual barang-barang sendiri, lalu ketika itu sipeniaga dan pembeli beriuh rendahlah dipasar itu.. sambil itu juga mereka akan menghabiskan masa dikedai-kedai kopi seraya berbual sesama mereka.

Diceritakan pada kesah, berlakulah perbulan disebuah kedai kopi dimana orang lelaki yang kebanyakannya sedang leka berbual sesama datanglah seorang lelaki yang tidak diketahui akan oleh mereka itu siapa gerangannya, pakaiannya cantik, wajahnya elok, perwatakannya baik.. ditegurlah akan salah seorang antara mereka akan siapa gerangan itu lalu dijawab lelaki itu dia seorang pendita yakni guru yang boleh mengajar menulis dan membaca... gembiralah mereke didalam kedai itu akan hadirnya seorang pendita yang boleh mengajar ilmu bacaan di kampung mereka itu.. sedang masing-masing sebok bersalaman mengalukan kedatangan tiba-tiba seorang dari mereka mengeluarkan angin dari duburnya tanpa sengaja oleh empunya badan..

Sungguh aroma baunya tidak disenangi oleh sekelian yang berada dikedai itu... Bersuaralah pendita itu bertanya.." Siapakah yang KENTUT itu?... tercenganglah akan mereka bila disebut kentut tadi sedang mereka itu tidak pernah dengar perkataan kentut itu... lalu bertanya seorang pemuda kepada pendita itu .." tuan pendita ada menyebut kata kentut tadi... apa itu kentut? sesungguhnya sekelian kami di sini tidak pernah mendengar... maka jawab lah pendita itu " Ya, hamba ada menyebut kentut.. Kalian masih tidak mengetahui perkataan itu? baiklah hamba terangkan.. kentut itu disebut dari huruf Kaff Nun Ta Wau Ta.. ejaan itu diambil dari ayat sebenarnya iaitu.. kaff untuk Kuasa, Nun untuk Nan, Ta untuk Tendang, wau untuk Wap dan ta untuk Taik, maka sebutannya Kuasa Nan Tendang Wap Taik..... setelah diambil setiap huruf pangkalnya lalu jadilah kentut... dan angin yang keluar dari dubur itu ialah kentut!..."

"Oooooooo, begitu rupanya... maka tahulah kami ini sekarang bahawa angin yang keluar dari dubur kami itu kentut namanya, hahahah..." celah seorang dari mereka... sejak itu hebohlah perkataan kentut itu serata tempat hingga seantero dunia...

Dan hingga ke hari ini kita masih lagi mengungkap perkataan kentut itu yang azalinya dimaktubkan didalam kamus dewan...

Wednesday, June 10, 2009

Tua


Setiap manusia mahupun apa jua makhluk baik yang bernyawa atau tidak pasti melalui edaran masa usia dari detik ke detik, hari ke hari.. Peredaran masa membawa kesan langsung kepada usia yang rasionalnya dihitung dengan nombor. Peningkatan usia sejajar dengan enjakkan masa namun tidak sekata hitungannya.. Usia dihitung secara terus-menerus sedangkan detik masa atau hari berpusing-pusing kiraannya.

Terfikir aku akan mengapa perlunya usia, apa pentingnya usia? Waktu dan hari yang berulang-ulang kiraannya seolah-olah memberi maksud mereka tidak terikat apa-apa dengan peredaran usia.. sedangkan waktu dan hari lah yang menyumbang peningkatan usia.. Apakah kehidupan sebegini adil? Mengapa kita yakni insan dijadikan pada awalnya dari darah dan mani akan pasti (pada keizinan) sampai ke satu tahap yang dipanggil TUA?

TUA dieja dalam jawi adalah ta, wau, alif. Ta memberi erti tika. Wau adalah waktu.. dan Alif pula akhir.. Jadi tua itu boleh difaham maksud sebagai Tika Waktu Akhir. Mungkinkah dengan maksud ini maka TUA berfungsi sebagai peringatan kepada kita... bermakna juga kehidupan kita seharian ini adalah satu proses penuaan sebenarnya.

Sukar menetapkan tahap-tahap tua kerana ia terlalu subjektif dan berbeza pada setiap insan. Ada yang kelihatan tua dikala umurnya masih muda, ada pula baru dilihat tua tatkala umurnya sudah menjangkau tua bangka, ada yang suka menjadi tua dan ada yang tidak sedar-sedar walaupun sudah tua.. Jelasnya tua tidak terpandang pada umur dan fizikal sahaja tetapi juga pada umur dan kematangan seseorang itu. Tua memberi ruang kepada kita menjadi lebih matang.. dan tua akan dibekali dengan pengalaman dari kehidupan sebelumnya.. untuk mematangkan dan membekalkan tua dengan pengalaman ia perlu dipimpin dengan daya ingatan oleh akal yang waras! Dek kerana kematangan dan pengalaman itu maka yang tua perlu dihormati... kepada yang muda perlu diteladani..

Natijahnya, tua itu perlu ada bagi membeza waktu dan usia, bagi mengingatkan insan akan apa yang berlaku sebelumnya dan bersedia untuk akan datang, bagi menghitung perederan masa yang berulang-ulang itu sebenarnya adalah peningkatan yang menegak. Tua juga dijadikan kerana setiap kejadian itu ada awal dan akhirnya. Hakikatnya tua itu adalah Fitrah..!

Apa pun pandangan dan pengertian tentang tua, perlu difahami bahawa asasnya tua itu adalah proses kehidupan tanpa batas yang tidak boleh dielakkan.. tua bukan bermakna malas, lemah, tak larat, letih dan sebagainya.. namun ironinya tua sering dijadikan alasan! Tua yang penuh amalan akan kelihatan segar dan betenaga, tua yang kosong amalan dilihat murung dan rapuh..

Seorang Suami

SAMBUT SUAMI DI MUKA PINTU

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami. Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw: "Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami. Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini. Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua.

Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami. Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya.

Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya. Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan." Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.

Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya." Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.
Nukilan ini disumbangkan oleh: Sdr Faizal b Nurizan

Monday, June 8, 2009

Gerai bawah pokok

Pada paparan bertarikh 16 Mei 2009 dalam ruangan santap selara, anda telah dibawa ke sebuah gerai bawah pokok yang menyediakan makanan pagi yang sedap dan nyaman.. ingat lagi tak? Kali ini saya membawa anda sekali lagi kesitu.. kita berkunjung pada waktu malam pula..

Gerai ini juga dibuka pada waktu malam, dan pastinya suasana nyaman dan tenteram ketika makan di situ juga tidak sedikit pun berubah.. sama seperti diwaktu pagi. Cuma yang berbeza adalah menu hidangannya. Pada waktu malam gerai ini menyediakan makanan goreng-gorengan sahaja seperti nasi goreng kampung, nasi goreng cendawan, nasi goreng ayam, nasi goreng cina dan kue teow goreng.. memanglah masakan mereka ini sedap-sedap belaka. Makan pagi pun sedap.. malam pun sedap! Layanannya tetap sama, orang yang melayan pun sama... Sungguhpun penat menguruskan gerai pada pagi hari mereka tetap memberi layanan terbaik di malam hari.. huh..ada maksud lain ke ni?

Sedap juga mata memandang... kerana apabila anda berada disitu, suasananya yang nyaman dan tenteram akan menambahkan lagi selera kelaparan anda itu. Kedudukan gerai yang jauh dari kesesakan bandar dan tempat letak kereta yang luas akan menyelamatkan anda dari suasana yang hiruk pikuk dan keletihan bekerja... cukup sesuai untuk orang yang berjiwa sentimental seperti saya.. Apa lagi.. datanglah singgah, cuba dan rasa!

Jerebu


Jerebu bukanlah asing lagi dalam peta cuaca Malaysia.. Jerebu kini menjadi fenomena alam yang wajib dirasai oleh rakyat Malaysia saban tahun.. Cuaca Malaysia tidak lagi tertumpu kepada musim hujan dan panas semata-mata, kerana jerebu telah 'terdaftar' menjadi cuaca Malaysia yang ke tiga.


Justeru itu sama-samalah kita menyambut kedatangan jerebu yang sedang melanda di negara kita,.. "Selamat Datang Jerebu".. Nikmatilah keindahan jerebu ini.. ia hanya datang pada pertengahan tahun untuk setiap tahun..


Apa yang penting, setiap yang tejadi itu ada hikmahnya, hanya kita perlu bijak menyesuaikan diri dan menjaga diri sendiri... Jagalah kesihatan anda di musim jerebu ini... bersabarlah ketika berkunjung ke klinik-klinik, pastinya ramai orang yang menunggu giliran masing-masing!

Thursday, June 4, 2009

Kg Langkap, Ketior

Ibarat sirih pulang ke gagang, krew Dagang PakMalau menyusur jejak ke sebuah desa yang aman, tenteram dan seram bila malam...hehehe. Tanah bertuah diberi nama Kampung Langkap dibawah jajahan Kampung Ketior... dimanakah terletaknya kampung ini? Mana lagi kalau bukan di daerah Kuala Kangsar, Perak. Lebih kurang 11 kilometer jaraknya dari Bandar Kuala Kangsar, jalan menghala ke Manong.

Kampung ini telah diteroka kira-kira 100 tahun yang lalu. Asalnya masyarakat ketika itu ramai tertumpu di Kg Ketior sahaja. Tiada siapa yang berani meneroka satu kawasan hutan belukar yang didiami pelbagai binatang buas dan liar seperti harimau, beruang, rusa, tenuk, ungka dan lain-lain. Pernah dicuba oleh orang luar namun gagal kerana tak tahan dengan cabarannya...


Justeru itu.. jeng..jeng..jeng.......

Tiga orang sahabat berbangsa jawa telah datang untuk cuba meneroka kawasan ini, mereka ialah Wak Harun, Wak Deraman dan Wak Porjo. Mereka bertiga datang dari Padang Rengas, (juga kawasan di daerah Kuala Kangsar). Bermulalah mereka meneroka kawasan ini sedikit demi sedikit, hari demi hari.. tahun demi tahun.. pokok-pokok hutan ditebang lalu dijadikan kebun getah, hutan paya juga diterangkan menjadi sawah.. Harimau dan beruang pun lari bertempiaran kemana entah.. Lama kelamaan, datanglah orang lain menyertai kegiatan meneroka kawasan itu.. bila ramai yang meneroka, seraya ia hendak dijadikan sebuah kampung.. Maka mengadaplah mereka bertiga ini berserta seorang budak kecil bernama Adnan mengadap Sultan Perak ketika itu untuk mendapat perkenan membuka kampung dan mendapat restu hak milik tanah... Sultan pun memberi perkenan untuk mereka.


Bagi menamakan kampung ini, mereka bermuafakat menamakannya sebagai Kampung Langkap.. kenapa Langkap? apa itu Langkap?.. Langkap ialah nama kepada sejenis pokok. Ketika mula meneroka, terdapat banyak pokok Langkap di kawasan ini. Pokok Langkap adalah seperti Pokok Kabung... bezanya, Pokok Langkap tidak berbuah manakala pokok kabung ada berbuah.. ala, pokok yang ada buah kantor... ala, buah yang warna putih selalu jual masa bulan puasa.. orang buat bubur, pengat atau campur air sirap... ala. ala.. ala tak tau dah la!!

Sejak itu penduduk Kampung Langkap kian bertambah, masyarakat berharmoni dan berkerjasama. Jalan yang lebih elok dibuat secara bergotong royong serta madrasah pun didirikan. Ketua kampung Ketior mula merasa tergugat lalu mengistiharkan Kg Langkap adalah dibawah naungan Kg Ketior. Penduduk Kg Langkap bersetuju bagi mengelakkan sengketa.


Ketior? Apa itu Ketior.. Ketior juga diambil sempena nama pokok.. Didapati banyak pokok ketior tatkala rancangan membuka tanah mahu dilakukan di kawasan tersebut.. Ia mempunyai buah, boleh digoreng dan diambil minyaknya. Minyak ini rasanya lemak dan sedap, boleh dibuat campuran dalam makanan seperti nasi atau roti..

"Begitulah ceritanya akan asal usul Kg Langkap ini dan Kg Ketior, dah lebih 100 tahun kampung ini wujud"... jelas Wak Nan (Adnan, yang turut mengadap sultan ketika kecil). Kini umur Wak Nan menjangkau 94 tahun. Lelaki tertua di kampung itu.. namun masih ada dua orang lagi yang lebih tua darinya. Mereka ialah Wan Piah dan Wer Bakyah, kedua-duanya wanita dan sudah melelebihi 100 tahun umurnya.

Menurut Wak Nan lagi, dia juga turut serta meneroka hutan ketika kecil bersama bapanya Wak Harun, dan terus menyambung kerja itu setelah bapanya meninggal. "Orang dulu meneroka tidak perlu ada jentolak, bedozer, trektar... semua guna kederat tulang empat kerat dan kemahuan!" ceritanya lagi sambil merenung jauh. "Semua buat sendiri secara bergotong royong.. jalan, parit, madrasah dan rumah-rumah."

Aku dan krew yang lain termasuk jurupandu mengelilingi kawasan kampung, menghirup udara segar sambil mendalami persekitaranya.. Ramah sungguh orang kampung ini, pasti mereka menegur kami bila terserempak.. Hairannya, mereka juga tahu namaku! "hah, eejad... bila balik?" tegur mereka bila berjumpa ku. Hairan! mmmmm... patutla....!!, ini kampung aku!!.. Wak Nan itu Atuk aku!!........... hahahahahahah!

Krew-krew produksi
jurubicara, juruedit, juruphoto, jurupandu

ialah
AKU..!

Wednesday, June 3, 2009

Aku dan sungai



Di sungai inilah Bada, Zah, Miah, Haya, Ida dan Pizah bertelanjang bulat di depan mata ku... oowwhh... disungai ini juga mereka berkejar-kejaran ketika cuba menangkap ku.. oowwhh... disinilah aku, Baha, Meor, Ali dan Zul melondehkan seluar (bolen, bahasa perak) lalu bergayut pada akar kayu di dahan pokok dan terjun ke dalam sungai.. sambil anak-anak gadis tadi menjerit-jerit.. Tidak diketahui oleh kami akan apakah yang menyebabkan mereka menjerit.. sebab kami bergayutkah... atau melihat 'sesuatu yang bergayut' pada kami...? heheheh.. Inilah peristiwa yang berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu.. semuanya menjadi kenangan abadi yang cukup manis dalam hidupku..

Aku dibesarkan di kampung, mendalami aturan hidup sebagai anak kampung. Rutin harian kami tak terlekang dengan mandi sungai. Sungai adalah segalanya.. sungai lah taman permainan kami.. Lagipun ketika itu sungai di kampung masih lagi bersih, jernih dan dalam airnya. Kegirangan kami pasti bertambah bila musim hujan kerana air sungai akan naik dan kami akan membuat rakit. Rakit kami hanya dibuat dari batang pisang.. habislah pokok-pokok pisang dikampung kami tebang.

Dulu, bermain disungai tidak terdorong langsung untuk kami melakukan perkara onar walaupun bersama budak-budak perempuan. Tujuan kami hanya mandi dan main!.. Hairan aku, kalau main aci kejar di sungai akulah yang menjadi buruan budak-budak perempuan.. dan kalau apa-apa pun yang berlaku antara kami, akulah yang menjadi rujukan kepada mereka.. dan aku.. aku bolehlah di ibarat anak buaya kecil yang hanya memakan daun ketika itu... hehehe! masa tu belum paham nak ehem-ehem lagi.. nasib baik la...

Bosan dengan bermain, kami (budak laki) akan menembak ikan.. guna besi panjang yang tajam diikat dengan getak lastik. Natijahnya antara kami hanya dibezakan oleh raut wajah sahaja, bentuk badan semua seakan sama.. kulit berkilat, perut buncit (cacing), punggung tonggek dan kepala botak..

Kini sungai yang menjadi tapak pesta suatu ketika dulu kian sunyi.. tiada lagi jeritan anak-anak kampung, sungai pun semakin sempit dan semak... namun alirannya tetap membawa memori nostalgia yang segar.. mmmmmm.. aku terbayang lagi budak-budak perempuan yang telanjang tu.. hahahahaha... fuhhhh!