Tuesday, June 30, 2009

Durian ohh Droyan


Ini le musim aku gemo sekali... musim buah droyan, udah memang buah kesukaan aku.. apa saja jenih droyan dan masakan dari buah droyan semua aku suka.. aku idak le memilih.. orang kampung le katakan.. Jaman kecik-kecik dulu buah droyan banyak bila musim, aku le tukang ngutipnya. Subuh-subuh lagi.. pepagi gelap-gelap, opah aku dah gerak suruh ngutip droyan kat kebun. Tak dan le aku nak berak ke hapa... ke kebun le tempat aku, kawannya sebilah golok!.. Kalo lambat je sikit jerit le opah aku tu.. memandangkan dah biasa ngan persekitaran kebun aku mulakan operasi ngutip dari arah timur dan menglaha ke barat.. mula-mula aku kumpui dulu mengikut jarak lebih kurang serante, lepeh tu aku bawak ke dango. Di dangolah tempat kualiti kontrol.. yang tobek di tupe, yang beso elok, yang kecik dan yang jadi habuan aku akan aku asingkan... Udah siap aku asingkan semua... kena ngesahkan pacat pulak... lepeh tu baru le aku balun habuan aku dulu.. huh! pilih yang elok-elok je, makan dua tiga bijik skali.. abih makan baru le aku balik anto buah ke rumah..

Kejap karang datang ler orang beli droyan kat opah aku. Upah aku dapat le dua rengget, ceh! Buah buruk aku kupeh-kupehkan simpan dalam bekeh buat tempoyok.. yang lain tu simpan kot-kot ada sedara balik.. Bab ni yang aku getik, geram sangat.. mau idaknya.. aku yang penat-penat ngutip, sedara mara balik tinggai makan jer.. macam le tak besa ke kebun. Mau pulak rambutan, langsat ngan manggih pun bebuah sekali, jenuh le aku...Dalam pukui sepuluh pagi kena ke kebun lagi, tunggu buah jatuh sambil ngalo tupe.. main ngan lestik je la aku! Tengahari balik makan nasik kejap lepeh tu kekebun balik... sampe le ke petang.. Itulah rutin aku bila cuti skolah.. ngutip buah, jaga kebun dan makan droyan.. Bila malam opah aku bebel pulak "kamu ni idak le aku nampak baca-baca buku!"... huh, tensen betui aku.... Kalo ari skolah aku ngutip dekat-dekat rumah jer la...

Syok je bila ke sekolah pakat semua kekawan mulut bau droyan, opah aku suka buat cucur droyan untuk aku bawak bekei.. huh, aku suka sangat cucur droyan! sedap!..

TAPI.. yang benornya aku pun ada taktik aku sendiri... malam-malam lepeh balik medresah (surau) aku kuar rumah senyap-senyap, ngendap buah kot-kot ada jatuh.. besanya ada.. aku simpan dalam tong, srokop pulak dalam semak.. dapat tiga empat bijik jadik ler.. sok pagi lepeh opah aku juai buah, aku tahan orang tu pulak kat pot besa, aku juai le buah yang aku simpan tu.. aku pesan kat orang tu jangan kabo kat opah aku, oraitt je dia. Sampe sekarang opah ngan tuk aku tak tau. Kan apa, cari duit blanje skolah.. bukan curi hak orang pun.. kalo dapat lebih baru le pegi kuale makan cendoi ngan laksa..

Sampe le sekarang ini aku suka makan droyan.. tapi bezanya sekarang ni aku tak ke kebun bawak golok subuh-subuh dah... aku beli je merata tempat ada juai.. pasar malam ler, tepi jalan ler, beli kat kebun orang ler... Udah dok pekan le katakan...... cuma.., aku masih rindukan cucur droyan opah yang slalu jadi bekei aku ke sekolah...

Thursday, June 25, 2009

Berjudi..

Sebut saja 'judi' maka akan terlintaslah di otak fikiran kita tentang perbuatan menikam nombor ekor, bermain terup, sabung ayam, lumba kuda, pertaruhan bolasepak mahupun bermain kasino... lumrah! Lahiriahnya pemahaman tentang judi atau berjudi seolah-olah tidak boleh terungkai dengan lebih jelas lagi dek kerana penerangannya yang sempit dan terhimpit. Berjudi mengikut hukum syarak adalah Haram! yakni jika melakukannya akan mendapat dosa. Lalu ia sentiasa di sematkan dalam minda umat islam akan keburukan dan balasannya. Di Negara kita, bertemplak-templaklah, berlantang-lantanglah suara-suara pak aji, ustaz-ustaz, ustazah, mufti, majlis fatwa mengingatkan akan larangan berjudi ini.. lebih-lebih lagi bila ada serbuan dilakukan dipusat-pusat judi, maka berkonyong-konyonglah orang-orang yang 'bermuka alim' dari Jabatan Agama atau mana-mana pihak berkuasa menahan dan menangkap orang islam yang sedang berjudi.


Serbuan atau tangkapan perihal judi ini sering ditumpukan di pusat-pusat agensi nombor ramalan, judi komputer dan diceruk-ceruk kampung. Bila dah dapat tangkap,.... apa lagi, dikecoh-kecohkanlah didalam media.. yang kena tangkap akan tunduk kepala dan yang menangkap akan mendabik dada dengan perasaan bangga dapat mencegah maksiat!

Cukupkah sekadar menyerbu dipusat-pusat judi!!... sedangkan pemahan judi ini masih lagi dipendam pekasam dikepala mereka yang mengetahui yakni tuan-tuan mufti dan ana-ente yang berkelulusan di bidang dan di Jabatan Agama. JUDI bermaksud mencuba atau bertaruh nasib, gamble... jadi dimanakah haramnya? Haramnya bila kita bertaruhkan nasib kita... samada nasib itu adalah rezeki (wang ringgit), masa, harta benda, perkhidmatan, nyawa dan apa-apa pun yang mana belum tentu milik kita tetapi kita mula mencongaknya dengan andaian akan mendapatkannya.. Justeru itu kita memperjudikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu... dengan demikian kita akan membelanjakan wang ringgit, menggunakan masa, tenaga dan apa juga bagi mendapat ganjarannya... inilah berjudi. Salahkah berjudi untuk mencuba nasib? Salah! memang salah... Haram! memang haram.. BILA MANA kita meramalkan sesuatu di luar kuasa dan fitrah kita.. sedang Allah Ta'ala telah menetapkan untung nasib kita sejak di alam roh lagi.. haramnya bila congakkan atau percaturan kita itu memesongkan landasan akidah. Kita menyatakan sesuatu itu seolah-olah kita telah mengetahui apa yang akan terjadi dikemudiannya, sedangkan Allah berkuasa tentangnya.. (pemahaman lanjut boleh dibincang kemudian jika berminat).
Berbalik pada senerio masyarakat kita... tumpuan pengertian judi hanya tertumpu kepada perbuatan lazim yang hanya di faham erti dengan mata kasar yang rabun... Natijahnya judi itu merangkumi pelpagai aspek.. mencuba nasib dalam peraduan itu juga berjudi seperti peraduan Power Root.. secara terang-terangan di iklannya, ia beransur judi.. berurus niaga saham dengan ramalan mendapat untung juga berjudi.. (Tabung Haji, EPF, ASB terlibat dalam perlaburan saham), sengaja melakukan sesuatu perkara dengan harapan memudah atau mendatangkan kesenangan juga berjudi, DAN melakukan Sembahyang Jamak iaitu dengan mengerjakan sembahyang Asar diwaktu Zohor jugakah berjudi? cubalah teliti.. waktu yang belum pasti kita hidup atau sampai lagi tetapi telah ditaruhkan nasibnya dengan melakukan sembahyang pada waktu sebelumnya.. maka, adakah kita telah berjudi masa dan ketentuan di situ?. Secara jelasnya tidakkah ia mendatang syirik kerana melakukan sesuatu yang menjangkaui kekuasaan Allah?! Penjelasan yang benar-benar jelas amatlah diperlukan...

Apapun, kemanakah suara-suara merdu tuan-tuan mufti, majlis fatwa, pak lebai, ustaz, ustazah dan si ana-ente di Jabatan Agama?... mengapa mereka diam membisu dalam hal ini tetapi menyalak lenting bila ada orang membeli nombor ekor, menyabung ayam! Mungkinkah kerana mereka pun sekadar buat-buat tahu,.. Munkinkah juga lidah dah kelu terkunci kerena mereka ini pun disuapkan dengan rezeki hasil judi! INGAT! Kerajaan mengenakan cukai keatas mana-mana perniagaan yang berunsur judi yang di HALAL kan.. pendapatan dari cukai ini mungkin dah termasuk ke dalam gaji-gaji mereka... mmm, sendiri mau ingat la.

Ada mungkin antara kita merindukan ketegasan suara Doktor Muhammad Asri (bekas mufti Perlis) kerana yang ada sekarang pun dah HaruSanasini..!!

Wednesday, June 17, 2009

Kentut

Pot, prroottt, prieett, prop..prrooppp, puuutt, pssst, peeiiittt, prrr..pprrrr..prrraabbb! itulah antara bunyi-bunyi kentut yang dapat aku terjemahan dalam bentuk tulisan, selainnya anda semua sedia maklum kerana anda sendiri menikmatinya.

Kentut... kenikmatan yang tak dapat digambarkan, kentut amatlah perlu kerana ia merupakan sebagai proses pembuangan angin atau toksin yang tidak diperlukan didalam badan. Tanpa kentut, ia boleh memudaratkan seseorang itu hingga menyebabkan datangnya penyakit seperti sakit kepala dan perut. Namun terfikirkah anda akan asal-usul perkataan 'kentut' ini.. bagaimanakah angin yang enak keluar dari dubur kita sewenang-wenangnya dinamakan kentut.. apa itu kentut..? Sejarah telah menceritakan perihal tentang 'kentut' ini diberi nama... hayatilah ceritanya..

Maka, tesebutlah kesah dizaman dulu kala pada waktu antah berantah, tidak pula disebutkan hari dan tarikhnya dan dimana.. Adapun masyarakat ketika itu hanya bergantung pada kerja-kerja tani dan tukang disiangnya, mengaji dimalam pula... tiada siapa yang tahu akan membaca kecuali mendengar kata guru-guru yang mengajar sahaja.. maka sekian harinya dilalui selain bekerja mereka akan ke pasar kecil membeli keperluan sambil menjual barang-barang sendiri, lalu ketika itu sipeniaga dan pembeli beriuh rendahlah dipasar itu.. sambil itu juga mereka akan menghabiskan masa dikedai-kedai kopi seraya berbual sesama mereka.

Diceritakan pada kesah, berlakulah perbulan disebuah kedai kopi dimana orang lelaki yang kebanyakannya sedang leka berbual sesama datanglah seorang lelaki yang tidak diketahui akan oleh mereka itu siapa gerangannya, pakaiannya cantik, wajahnya elok, perwatakannya baik.. ditegurlah akan salah seorang antara mereka akan siapa gerangan itu lalu dijawab lelaki itu dia seorang pendita yakni guru yang boleh mengajar menulis dan membaca... gembiralah mereke didalam kedai itu akan hadirnya seorang pendita yang boleh mengajar ilmu bacaan di kampung mereka itu.. sedang masing-masing sebok bersalaman mengalukan kedatangan tiba-tiba seorang dari mereka mengeluarkan angin dari duburnya tanpa sengaja oleh empunya badan..

Sungguh aroma baunya tidak disenangi oleh sekelian yang berada dikedai itu... Bersuaralah pendita itu bertanya.." Siapakah yang KENTUT itu?... tercenganglah akan mereka bila disebut kentut tadi sedang mereka itu tidak pernah dengar perkataan kentut itu... lalu bertanya seorang pemuda kepada pendita itu .." tuan pendita ada menyebut kata kentut tadi... apa itu kentut? sesungguhnya sekelian kami di sini tidak pernah mendengar... maka jawab lah pendita itu " Ya, hamba ada menyebut kentut.. Kalian masih tidak mengetahui perkataan itu? baiklah hamba terangkan.. kentut itu disebut dari huruf Kaff Nun Ta Wau Ta.. ejaan itu diambil dari ayat sebenarnya iaitu.. kaff untuk Kuasa, Nun untuk Nan, Ta untuk Tendang, wau untuk Wap dan ta untuk Taik, maka sebutannya Kuasa Nan Tendang Wap Taik..... setelah diambil setiap huruf pangkalnya lalu jadilah kentut... dan angin yang keluar dari dubur itu ialah kentut!..."

"Oooooooo, begitu rupanya... maka tahulah kami ini sekarang bahawa angin yang keluar dari dubur kami itu kentut namanya, hahahah..." celah seorang dari mereka... sejak itu hebohlah perkataan kentut itu serata tempat hingga seantero dunia...

Dan hingga ke hari ini kita masih lagi mengungkap perkataan kentut itu yang azalinya dimaktubkan didalam kamus dewan...