Thursday, June 4, 2009

Kg Langkap, Ketior

Ibarat sirih pulang ke gagang, krew Dagang PakMalau menyusur jejak ke sebuah desa yang aman, tenteram dan seram bila malam...hehehe. Tanah bertuah diberi nama Kampung Langkap dibawah jajahan Kampung Ketior... dimanakah terletaknya kampung ini? Mana lagi kalau bukan di daerah Kuala Kangsar, Perak. Lebih kurang 11 kilometer jaraknya dari Bandar Kuala Kangsar, jalan menghala ke Manong.

Kampung ini telah diteroka kira-kira 100 tahun yang lalu. Asalnya masyarakat ketika itu ramai tertumpu di Kg Ketior sahaja. Tiada siapa yang berani meneroka satu kawasan hutan belukar yang didiami pelbagai binatang buas dan liar seperti harimau, beruang, rusa, tenuk, ungka dan lain-lain. Pernah dicuba oleh orang luar namun gagal kerana tak tahan dengan cabarannya...


Justeru itu.. jeng..jeng..jeng.......

Tiga orang sahabat berbangsa jawa telah datang untuk cuba meneroka kawasan ini, mereka ialah Wak Harun, Wak Deraman dan Wak Porjo. Mereka bertiga datang dari Padang Rengas, (juga kawasan di daerah Kuala Kangsar). Bermulalah mereka meneroka kawasan ini sedikit demi sedikit, hari demi hari.. tahun demi tahun.. pokok-pokok hutan ditebang lalu dijadikan kebun getah, hutan paya juga diterangkan menjadi sawah.. Harimau dan beruang pun lari bertempiaran kemana entah.. Lama kelamaan, datanglah orang lain menyertai kegiatan meneroka kawasan itu.. bila ramai yang meneroka, seraya ia hendak dijadikan sebuah kampung.. Maka mengadaplah mereka bertiga ini berserta seorang budak kecil bernama Adnan mengadap Sultan Perak ketika itu untuk mendapat perkenan membuka kampung dan mendapat restu hak milik tanah... Sultan pun memberi perkenan untuk mereka.


Bagi menamakan kampung ini, mereka bermuafakat menamakannya sebagai Kampung Langkap.. kenapa Langkap? apa itu Langkap?.. Langkap ialah nama kepada sejenis pokok. Ketika mula meneroka, terdapat banyak pokok Langkap di kawasan ini. Pokok Langkap adalah seperti Pokok Kabung... bezanya, Pokok Langkap tidak berbuah manakala pokok kabung ada berbuah.. ala, pokok yang ada buah kantor... ala, buah yang warna putih selalu jual masa bulan puasa.. orang buat bubur, pengat atau campur air sirap... ala. ala.. ala tak tau dah la!!

Sejak itu penduduk Kampung Langkap kian bertambah, masyarakat berharmoni dan berkerjasama. Jalan yang lebih elok dibuat secara bergotong royong serta madrasah pun didirikan. Ketua kampung Ketior mula merasa tergugat lalu mengistiharkan Kg Langkap adalah dibawah naungan Kg Ketior. Penduduk Kg Langkap bersetuju bagi mengelakkan sengketa.


Ketior? Apa itu Ketior.. Ketior juga diambil sempena nama pokok.. Didapati banyak pokok ketior tatkala rancangan membuka tanah mahu dilakukan di kawasan tersebut.. Ia mempunyai buah, boleh digoreng dan diambil minyaknya. Minyak ini rasanya lemak dan sedap, boleh dibuat campuran dalam makanan seperti nasi atau roti..

"Begitulah ceritanya akan asal usul Kg Langkap ini dan Kg Ketior, dah lebih 100 tahun kampung ini wujud"... jelas Wak Nan (Adnan, yang turut mengadap sultan ketika kecil). Kini umur Wak Nan menjangkau 94 tahun. Lelaki tertua di kampung itu.. namun masih ada dua orang lagi yang lebih tua darinya. Mereka ialah Wan Piah dan Wer Bakyah, kedua-duanya wanita dan sudah melelebihi 100 tahun umurnya.

Menurut Wak Nan lagi, dia juga turut serta meneroka hutan ketika kecil bersama bapanya Wak Harun, dan terus menyambung kerja itu setelah bapanya meninggal. "Orang dulu meneroka tidak perlu ada jentolak, bedozer, trektar... semua guna kederat tulang empat kerat dan kemahuan!" ceritanya lagi sambil merenung jauh. "Semua buat sendiri secara bergotong royong.. jalan, parit, madrasah dan rumah-rumah."

Aku dan krew yang lain termasuk jurupandu mengelilingi kawasan kampung, menghirup udara segar sambil mendalami persekitaranya.. Ramah sungguh orang kampung ini, pasti mereka menegur kami bila terserempak.. Hairannya, mereka juga tahu namaku! "hah, eejad... bila balik?" tegur mereka bila berjumpa ku. Hairan! mmmmm... patutla....!!, ini kampung aku!!.. Wak Nan itu Atuk aku!!........... hahahahahahah!

Krew-krew produksi
jurubicara, juruedit, juruphoto, jurupandu

ialah
AKU..!

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wak nan meninggal sudah...pakar mengurut..ramah orang..dia ingat aku jawa mcmnya..aku Johor tapi melayu wak..

    ReplyDelete
  3. Wak nan dan isterinya sahabat ayah dan mak sy

    ReplyDelete
  4. Mcm mna saya nak tanya susur galur yaa, sebab moyang saya asal kampung ketior, ada x yg boleh tanya pasal sejarah

    ReplyDelete