Friday, May 15, 2009

Khas untuk mereka


Kesempatan ini aku selitkan kisah kehidupan sebuah keluarga.. seorang tua yang kuat bekerja (atuk aku) dan seorang perempuan yang suka bercerita (nenek aku.. kuat leter pun sama)..

Aku bersyukur kerana masih lagi melihat atuk dan nenek hingga ke hari ni.. tidak seperti sesetengah orang yang sudah kehilangan atuk atau nenek mereka. Umur atuk aku menjangkau 93 tahun, nenek pula lingkungan 80 tahun. dulu...Atuk seorang yang kuat bekerja dan tak banyak cakap, seawal pagi dia ke kebun untuk menoreh getah. Pulang diwaktu tengahari. Selepas makan dan rehat dia kekebun lagi untuk menebas, mananam pisang, jagung.. sambil menternak ayam dan kambing.. malamnya atuk ke surau berdekatan mengajar anak-anak kampung mengaji. Selepas makan malam dia akan menggulung rokok daunnya untuk di buat stok esok hari. Tidak pernah aku melihat atuk saja-saja ke kedai kopi duduk berjam-jam menghabis masa.. mungkin sebab atuk tak tau nak main dam! aku pernah bertanya atuk.. kenapa tak suka pergi minum di kedai? dia jawab cool.." itu perangai orang malas.. sementara kederat ada tak kira umur, kena la kerja."

Nenek kadang-kadang akan ikut atuk ke kebun.. kalu tak, dia dirumah mengemas, masak dan lain-lain. Tidak seperti atuk, nenek kuat bercakap.. kekadang tu rimassss.! Bila malam buat aku boring tapi seronok.. nenek suka bersembang dan bercerita. Aku tau dia tak suka aku tengok TV! jimat karen katanya. Ingat lagi masa aku kecil, dia cerita kisah Batu Belah Batu Betangkup.. menangis bila aku dengar dia cerita sampai tak boleh tidur, sedih sangat, masa tu aku belum tengok cerita tu di tv.. dia kata tu kisah betul, pernah terjadi. Bila aku tengok cerita tu di tv.. aku menangis lagi.. baru aku tahu nenek ciplak cerita tu dari tv.. kene tipu jer..

Memang elok nenek mendidik aku begitu.. bukan elok tengok tv ni.. aku pun kalo tengok tv cerita yang berguna jer.. rencana, sejarah dan berita.. hah! dulu aku suka tengok cerita arab masa bulan puasa, kesah nabi-nabi. Best!.. sebenarnya aku nak tengok katun, nenek tak bagi.. dia suruh tengok cerita arab, lepas tu kena terang kat dia.. dia tak faham bahasa arab dan tak tau baca sarikata, hehehehe..!!

1 comment:

  1. ala ala..biasa la tu nenek nak bermanja ngn cucu seniri..nnti tak jumpa nenek rindu2an..aku kekadang pon terigin gak mendengar certa dari nenek aku seniri tapi tak penah dapat sbb nenek aku dah pon tiada..nak rasa tidur bawak ketiak pon tak penah..hargai lah sementara die masih ade.

    ReplyDelete