Saturday, May 16, 2009

Makan-makan di Bercham



Jika anda berada atau tinggal atau singgah di Bercham, Ipoh.. jangan lupa untuk mencuba rasa digerai ini. Lokasinya amat sesuai dan strategik iaitu di sekitar kawasan Taman Seri Dermawan. Ia dikenali sebagai gerai bawah pokok.. kerana gerai ini di dirikan dibawah sepohon pokok bercham.. ehh! yer ke? hah, tak tahulah itu pokok apa. Memang kalau makan disitu udaranya nyaman dan suasananya redup.

Kalau tengok dari jauh seolah-olah ia hanyalah pondok tanpa penghuni... Jangan salah sangka! bila masuk ke gerai tu, baru tahu memang ramai orang yang datang.. Tempat parking jangan risau kerana ia disediakan.



Ia dibuka seawal jam 7 pagi hinggalah ke tengahari.. menu utamanya biasalah, makanan ruji orang Malaysia iaitu nasik lemak, roti canai, bihun goreng, kueh-mueh dan yang sewaktu dengannya.. tapi yang istimewanya ada bihun sup.. sedap! cuma ia hanya mula dijual pada jam 10 pagi.. seperkara lagi di kedai ini ada ramai anak dara.. tapi tu dulu la.. sekarang semuanya dah kawin...hehe

Apa lagi.. jangan lupa singgah, cuba dan rasa.... !!

2 comments:

  1. Hehehehe...Bangga aku tengok gambo tu. Bukan apa, PC WINSCORE sebelah tu aku yang setup...HIDUP MELAYU!!! PERAK BOLEH!!!

    HM: FAIzam

    ReplyDelete
  2. jom ke spa taman perpaduan:
    fr damai spa.

    ReplyDelete